Bahan yang menjadi skop pemantauaan NPRA dalam produk samada makanan atau herba adalah bahan campur palsu. Takrifan bahan campur palsu adalah bahan kimia atau bendasing yang hadir dalam bahan mentah atau herba secara sengaja atau tidak sengaja.Terdapat pelbagai bahan pemalsu dari unsur tanah, bahagian atau spesis tumbuhan, bahan kimia, ubat sentetik dan sebagainya. Contoh bahan yang dilarang berada dalam produk seperti berikut;

1.Steroid

  • Dexamethasome (jenis makan)
  • Betamethasome (jenis sapu)

2 Ubat Tahan Sakit

Jenis-jenis ubat tahan sakit seperti berikut:

a) Narcotic analgesic (OPIOD)

  • Morphine/Codeine (sangat kuat tahap tinggi, hanya doktor pakar sahaja dibenar semasa pembedahan)
  • Anti pyretic analgesic (paracetamol/ponstan – ubat tahan sakit)

b) Non Steroidal Anti Inflamatory Drugs (NSAIDS)

  • Salicylate
  • Indomethacine
  • Diclofenac

c) COXIBS

  • Celcobix/Celebrex ( hanya doktor pakar saja boleh guna)

d) External Analgesics

  • Methyl salycilate (minyak sapu/urut)

Ubat tahan sakit tidak menghilangkan penyakit tetapi bertindak menekan saraf sakit supaya kesakitan tidak terasa. Bila ubat tahan sakit habis kesakitan akan dapat dirasai semula.

3. Ubat Pelangsing

  • Sibutramine
  • Norsibutramine
  • Metformin
  • Glibenclamide

4. Ubat Peransang Seks

  • Sildenafil
  • Aminotadafil
  • Nortadafil
  • Ethyl tadafil
  • Tadanafil

5. Logam Berat

  • Merkuri
  • Plumbum

6. Antihistamin (Ubat Selsema)

  • Chiorpheniramine (pelali)

Sebenarnya herba tidak mudharat kerana ia mengandungi bahan aktif semulajadi dalam tumbuhan. Bahan aktiflah yang bertindak merawat masalah penyakit. Herba ditohmah kerana sikap segelintir pengusaha yang tidak berintegriti dan beretika mengaut keuntungan semata-mata dengan mencampurkan bahan campur palsu. Bahan campur palsu itu sebenarnya bahan kimia dan ubat sentetik.

Ubat tahan sakit disalahguna oleh pengeluar produk dengan ditambah dalam produk terutama dalam produk tradisional  biasanya dari kumpulan NSAIDS, PARACETOMAL, STEROID dan SALICYLATE.

Produk tradisional bila dicampur dengan bahan di atas memberi kelegaan cepat. Ia dikenali sebagai magic medicine seperti cepat bertenga, kelegaan sakit sendi dan lain-lain kegunaan. Produk sapuan luar seperti minyak urut jika memberi kesan cepat mengandungi SALICYLATE. Mennguna minyak angin sapuan pada bayi amat bahaya jika produk tersebut mengandungi SALICYLATE. KKM mengharamkan semua produk sapuan bayi mengandungi SALYCYLATE kerana ia boleh meresap ke hati dalam tempoh 1 jam selepas sapuan.

Bagaimana ia dikawal oelh NPRA adalah dengan membenar ubatan sintetik di atas dikawal dos yang betul hospital, ahli farmasi dan doktor bertauliah. Kesalahan mengguna dos berlebihan akan menyebabkan ketoksidan yang tinggi dalam darah.

KESAN BURUK UBAT NSAIDS

Kesan buruk ubat jenis NSAIDS adalah menyebabkan keasidan teruk dimana badan akan mengeluarkan asid berlebihan dan buah pinggang gagal mengeluarkan asid yang sewajarnya. NSAIDS memberi kesan penyempitan salur darah ke buah pinggang dan jantung dan kerosakkan hati. Ubat NSAIDS tidak terkawal mengurangkan fungsi platelet, sejenis sel darah untuk pembekuan darah.

Kebanyakkan produk tradisional yang memberi kesan kerosakkan buah pinggang bukanlah disebabkan bahan aktif dalam herba tetapi bahan kimia dan ubatan sintetik yang diistilah sebagai bahan campur palsu tersebut yang disalah guna oleh pengusaha produk. Terdapat pihak yang cuba memonupulasi keadaan dengan mengambil kesempatan menuding kepada herba dan produk tradisional. Ini tidak adil sama sekali.

Manakala kesan buruk ubat jenis METHYL SALICYLATE adalah ubat sapuan atau minyak urut akan cepat diserap oleh kulit dalam sekitar tempoh satu jam sahaja. Kesan mula adalah gangguan asid alkali dalam badan. bunyi berdengung dalam teliga. Kesan kronik adalah badan menjadi berasid yang teruk, pernafasan menjadi berat, pengumpulan cecair dalam otak dan paru-paru dan gangguan pendarahan.

KESAN BURUK UBAT PELANGSING

Bagaiman ubat pelangsing berfungsi adalah ia bertindak menjadi agen farmaklogi. Farmakologi adalah satu method mengguna pelbagai makanisma untuk menurunkan berat badan dengan cara menekan selera makan atau mengubah kadar serapan kalori dalam badan dan mengurang kadar serapan dalam usus. Dengan cara itu berat badan akan turun dan dalam masa yang sama ia merosakkan organ dalam badan.

Contoh ubat pelangsing yang menjadi bahan campur bahan campur palsu dalam produk seperti SIBUTRAMINE. SIBUTRAMINE telah diharamkan di Malaysia. Hanya 2 jenis saja yang dibenarkan di Malaysia iaitu PHENTERMINE dan ORLISTAT. Ia dibenarkan oleh orang yang terlalu obesiti atas nasihat doktor pakar.

Selepas SIBUTRAMINE diharamkan di Malaysia, pengusha mencari bekalan haram seperti di negara China. Mereka menggantikan SIBUTRAMINE dengan METROMIN dan GLIBENCLAMIDE. Ubat ini diguna sebagai alternatif insulin bagi membantu kerintangan insulin di pankreas.

Salah guna dalam ubat pelangsing adalah bertujuan untuk mengawal selera makan. Dengan itu berat badan akan turun. Kesan mengambil METROMIN adalah darah akan berasid kerana pengumpulan asid laktik. Selain itu kesan METOMIN akan menjadikan gula dalam darah menjadi terlalu rendah dalam darah. Ini menyebabkan jantung berdebar, cepat penat, berpeluh dan kulit menjadi pucat, sejuk dan mengigil. Lama-kelamaan ia akan menjadi sawan jika tidak dirawat.

Inilah antara skop pemantauan NPRA terhadap produk di Malaysia. Ia meliputi produk makanan dan herba. Jika pengusaha tidak mencampur bahan campur palsu ini ia tidak menjadi kesalahan dan proses mendaftar produk dapat dilalukan.

Walau bagaimana pun proses mendaftar produk perlu melalui proses yang lama terutama produk tradisonal. Produk kosmetik menjadi cepat kearana ia kategori rendah hanya pengguna external sahaja. Pengguna internal usage ia perlu melalui saringan yang lebih ketat lagi.