APA ITU KARBOHIDRAT?

Dalam istilah orang awam karbohidrat adalah kanji. Dalam istilah biologi ia dikenali sebagai karbohidrat. Karbohidrat merupakan salah satu komponen dalam makanan yang menyumbang jumlah tenaga yang utama selepas protin dan lemak.

Bila kita makan nasi dan roti kita akan mengambil karbohidrat. Andaian nasi dan roti itu karbohidrat tidak tepat. ini kerana setiap tumbuhan dan apa-apa makanan mengandungi karbohidrat samada besar atau kecil. Cumanya nasi dan roti itu tinggi kandungan karbohidratnya.

APA FUNGSI KARBOHIDRAT?

Fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan apa-apa aktiviti hidup. Kita akan bertenaga sepanjang hari jika makanan kita cukup karbohidrat.

Karbohidrat yang kita makan akan diproses dalam perut. Karbohidrat akan ditukar menjadi glukosa. Glukosa pula akan di angkut ke dalam sel oleh insulin bertukar menjadi tenaga untuk kegunaan fizikal badan.

BERAPA JUMLAH KALORI KARBOHIDRAT DIPERLUKAN OLEH BADAN SEHARI?

Satu gram karbohidrat bersamaan  4 kalori. Saintis bahagian makanan telah membuat kajian jumlah kalori karbohidrat diet sihat untuk badan manusia sekitar 900 -1300 kalori atau sekitar 225 -325 gram sehari.

APA BERLAKU JIKA LEBIH KARBOHIDRAT?

  1. Jumlah kalori diet sihat manusia sekitar 2000 kalori. Walau pun begitu, lebihan kalori gabungan dari protin, karbohidrat dan lemak yang tidak digunakan sebagai tenaga akan disimpan sebagai lemak. Ini akan menambah kepada lebihan berat badan dan berisiko obesiti.
  2. Kesan buruk obesiti, berat badan akan bertambah. oleh itu jantung akan berkerja lebih untuk menambah tekanan untuk mengepam darah keseluruh badan. Tekanan yang kuat dijantung akan membawa risiko sakit jantung.
  3. Akibat jantung yang berkerja lebih mengepam darah, ini akan berisiko mendapat hipertensi atau penyakit darah tinggi.
  4. Tujuan kita mengambil karbohidrat adalah untuk ditukar kepada glukosa. Glukosa akan ditukar  menjadi tenaga. Lebihan karbohidrat menyebabkan glokosa yang tinggi dalam darah. Glukosa yang tidak ditukar menjadi tenaga oleh insulin akan membawa risiko penyakit kencing manis.
  5. Jika dalam darah tinggi glukosa, buah pinggang akan sentiasa berkerja untuk mendetox glukosa. Tekanan jantung yang tidak betul juga akan menghentam dinding ginjal. Ini semua membawa risiko kepada kegagalan dan kerosakkan ginjal.

 

APA KAITAN KARBOHIDRAT DENGAN MAB?

Setiap 100 g MAB mengandungi 70 gram karbohidrat. 1 gram bersamaan 4 kalori. Jadi setiap 70gram bersamaan  280 kalori. Jumlah kalori ini sama seperti jumlah kalori sepinggan nasi. Ini menjadikan orang yang makan MAB akan mendapat tenaga sama seperti tenaga yang diambil dalam sepinggan nasi. Dengan kata lain MAB adalah tinggi karbohidrat. Diet sihat karbohidrat sehari 900-1300 kalori sehari. Oleh itu, baki kalori karbohidrat 620 – 1020 kalori lagi perlu diambil pada makanan lain apa yang kita makan. Hitung pola mendapat karbohidrat yang betul supaya bertenaga sepanjang hari.

KESIMPULAN

Karbohidrat membuat kita akan bertenaga sepanjang hari. Walau pun begitu, lebih karbohidrat membuat risiko obesiti, kencing manis, hipertensi, sakit jantung dan kerosakkan buah pinggang.