APAKAH ITU LEMAK?

Lemak diperlukan oleh tubuh sebagai sumber energi bagi tubuh, Lemak adalah sumber energy yang ke tiga selepas karbohidrat dan protin. Lemak dibuat di hati kemudian diangkut oleh darah ke organ-organ badan.

Makan lemak seperti lemak pada urat tulang daging tidak semestinya akan menjadi lemak. Dalam makanan hatta lemak sekali pun, semua mengandungi porsi karbohidrat, protin dan lemak. Cumanya lemak seperti tulang daging dan urat itu mengandungi kandungan lemak yang tinggi sekali.

Dalam ilmu pemakanan, jumlah kalori yang masuk mestilah sama dengan jumlah kalori yang keluar. Bila kalori masuk lebih besar dari keluar maka berlaku penumpukkan lemak.Jika lebihan kalori yang dimakan,  ia akan disimpan dalam bentuk lemak. Lemak akan menambah berat badan.

FUNGSI LEMAK UNTUK BADAN

1. Lemak berfungsi sebagai sumber energy ke tiga penting selepas karbohidrat dan protin.

2. Lemak digunakan untuk membuat hormon. Cohtoh, hormon seks dibuat dari lemak.

3 Lemak adalah pelindung kepada organ badan  seperti jantung, paru-paru, hati, pankreas dan ginjal..

2. Lemak diperlukan untuk fungsi otak, dan penyerapan vitamin.

 

JENIS-JENIS LEMAK

Lemak dibuat dihati dan diangkut masuk ke dalam aliran darah. Lemak adalah cairan darah seperti gel agar-agar. Lemak berkerja bersama protein. Dengan itu ia berikatan dengan protin dikenali sebagai Lipoprotein.

  • 1) Lemak terbahagi dua jenis. Jenis pertama adalah Lipoprotein Kepadatan Rendah/ LDL (Low Density Lipoprotein). LDL bertugas mengangkut lemak dari hati ke organ. Ia dianggap sebagai lemak jahat kerana jika LDL tinggi, ia akan mendap di pembuluh darah. Ini akan membuat masalah kolestrol tinggi,
  • 2) Lemak jenis ke dua adalah Lipoprotein Kepadatan Tinggi/HDL (Hight Density Lipoprotein). HDL di dikenali sebagai lemak baik. HDL bertugas mengangkut lemak yang tinggi dari sel kembali semula ke organ hati lalu diproses menjadi racun dan akan buang sebagai kotoran. Racun akan dibuang melalui najis dan air kencing.

HDL (kolestrol baik) akan mengimbangi kolestrol jahat (LDL) agar kolestrol baik lebih banyak kolestrol jahat. Jika sistem lemak ini berjalan dengan baik, badan akan sihat.

BERAPA KEPERLUAN KALORI LEMAK SEHARI?

Keperluan lemak untuk badan manusia sekitar 62 gram sehari.Satu gram lemak bersamaan 9 kalori. Oleh itu 62 gram lemak bersamaan 558 kalori sehari diperlukan badan.

KESAN TERHADAP BADAN BILA LEMAK BERLEBIHAN

  1. Terlebih mengambil lemak menyebabkan penumpukan lemak dalam darah. Penumpukkan lemak ini  kemudianya dapat menyebabkan terbentuknya plak pada pembuluh darah. Hal ini mengakibatkan pembuluh darah menyempit. Jika berlaku penumpukkan di pembuluh darah jantung akan membawa masalah sakit jantung. Jika berlaku penumpukkan lemak di pembuluh darah otak akan menjadi strok. Jika penumpukkan di ginjal akan menjadi kerosakkan ginjal.
  2. Lemak mengakibat obesiti. Obesiti menyebabkan tulang memikul berat yang berlebihan. Di usia muda tidak akan nampak kesannya. Apabila usia meningkat 40 tahun ke atas, kesan sudah dapat dirasai seperti  mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit tulang belakang, sakit pinggang, leher dan lutut, akibat saraf yang tersepit lama menahan berat badan berlebihan. Lebih kronik mengakibat slip disc (saraf tersepit). Ini akan berisiko menjadi lumpuh.
  3. Lemak akan merosakkan organ-organ dalam tubuh. Ia mengganggu sistem kerja organ akibat penumpukkan lemak pada hati, jantung dan pembuluh darah. Jantung mugkin terbungkus oleh lemak. Pembuluh darah termendap lemak. Ini berisiko sakit lemah jantung.

 

APA AITAN LEMAK DENGAN MAB?

Fakta Nutrisi lemak MAB mengandungi 7 gram lemak setiap 100 gram MAB. Keperluan lemak sehari adalah 62 gram. Oleh itu baki lemak selebih itu perlu diambil pada makanan lain. Lemak yang berlebihan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan dismpan dalam badan. Ini akan menambahkan kenaikkan berat badan.

BILAKAH DIKATAKAN BERAT BADAN ITU NORMAL DAN OBESITI?

Saintis pemakanan telah membuat satu kaedah menentukan samada berat seseorang itu normal atau obes. Ia berdasarkan  ukuran pada nilai Body Mass Index (BMI). Indek BMI berkadar terus dengan berat badan dan tinggi seseorang. Langkah menentukan BMI seperti berikut;

  • i) Hitung BMI mengguna formula dibawah
  • ii) Selepas mendapat nilai BMI, bandingkan nilai BMI mengikut index BMI seperti jadual dibawah.

  • iii) Mengikut contoh kiraan BMI yang di beri di atas dengan berat badan 65 kg, ketinggian 170 cm, nilai BMI adalah 22.49. Oleh itu posisi BMI adalah POSISI 2 iaitu healthy weight atau berat normal. Ini contoh berat yang sihat untuk mengekalkan bentuk badan agar kekal sihat.

 

Menentukan seseorang itu kurus, normal, terlebih berat dan obes adalah dengan kaedah hitungan BMI. Jika kategori obes, boleh ditentukan pula tahap obes setakat mana? Adakah obes teruk (severely obese) atau obes yang sangat teruk (mobidly obese). Jadi seseorang terlalu obes, berusaha untuk mendapat berat badan sihat untuk kekal sihat.

Melalui kaedah kawalan kalori dan hitungan BMI ini, seseorang berhak  menentukan bentuk badan yang mereka mahu samada terus langsing atau gemuk.

Bagi lelaki, lemak akan lebih terkumpul diperut. Jika lemak tidak dikawal, bentuk badan lelaki akhirnya  menjadi bulat seperti buah epal atau buah tembikai.

Bagi wanita pula, lemak mudah terkumpul di lengan, pinggang, paha, perut dan punggung. Jika tidak dikawal bentuk badan wanita akhir menjadi seperti buah pear.

Sebenarnya bentuk badan ditentukan atas pilihan sendiri bukan faktor genetik. Ianya berkadar terus pola makan seseorang.

Bentuk badan itu mungkin tidak berapa penting bagi sesetengah orang, tapi kesan terburuk sekali adalah penyakit.

Obes yang sangat teruk akan berisiko lengkap mendapat semua penyakit iaitu strok, darah tinggi, kencing manis, jantung dan kerosakkan ginjal dan lumpuh.

KESIMPULAN

  • 1)  Lemak punca gemuk. Istilah gemuk itu sihat tidak benar. Gemuk atau obes berisiko mendapat penyakit. Gemuk adalah punca tekanan dijantung tidak betul berisiko sakit jantung. Gemuk juga akibat terlebih karbohidrat. Karbohidrat mengakibat pengumpulan gula dalam darah, berisiko diabetis dan kerosakkan ginjal.
  • 2)  Ilmu NUTRITION FACT sangat penting. Ia merupakan satu kaedah menjaga berat berat normal dengan mengawal jumlah kalori. Kalori masuk sama dengan kalori keluar.
  • 3) Secara teorinya manusia akan kekal sihat selagi jumlah kalori masuk sama engan kalori keluar atau mengekal berat badan normal.
  • 4)  Dari segi akidah itu kesihatan itu dari Allah. Manusia wajib berusaha untuk sihat dengan ilmu Sunnahtullah ilmu kesihatan. Sebagai orang awam, menyerahkan kepada takdir untuk sihat tetapi tidak berusaha mengikut Sunnahtullah ilmu kesihatan bukanlah dari kaedah ajaran Islam.
  • 5) Makan herba punca rosak buah pinggang adalah tidak benar. Ini kerana buah pinggang rosak sebab terlebih karbohidrat. Karbohidrat menjadi gula. Gula tinggi, buah pinggang berkerja lebih. Tekanan dihantung tidak betul akibat obes menghentam dinding buah buah pinggang. Inilah faktor rosak buah pinggang. Jika seseorang itu makan suatu produk, tiba – tiba ia disahkan mengidap sakit buah pinggang, sebenarnya ia telah pun sakit buah pinggang 5 tahun sebelumnya. Ini kerana buah pinggang rosak bukan dalam masa sekejap tapi melalui proses hingga 5 tahun untuk rosak. Menyalahkan produk terakhir ia makan sangatlah jahil dalam ilmu kesihatan.