Jalan – jalan cuti kali ini memilih Singapura sempena cuti Chinese New Year 2019. Perjalanan dari rumah Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Februari 2019 (CNY 5 februari). Masa 4 pagi ini sesuai bergerak kerana jalan tidak jem. Jangkaan tepat kerana lebuh raya PLUS ke selatan sudah lengang. Dalam 3 jam sudah boleh sampai ke JB. Bersarapan di JB dan terus masuk ke Imigresyen Tambak Johor. Memang lengang dan dalam 20 minit boleh selesai urusan kastam dan imigresyen. Singapura juga lengang kerana rakyatnya keluar bercuti CNY di luar negara. Memang santai jika datang waktu cuti CNY.

Perjalanan di Highway pun lengang dan tidak banyak kenderaan. Highway di Singapura juga tidak mengguna sistem pondok tol tapi mengguna sistem tol ERP. Kereta boleh jalan tanpa sekatan pondok tol. Bayaran tol akan ditolak dari Auto Pass yang wajib di beli bila masuk ke Singapura.

Terus menuju ke hotel untuk check ini, mandi berehat menghilang kepenatan perjalanan. Tengaharinya meneruskan meneroka bumi indah Singapura.

Sistem tol ERP. Semasa kereta lalu di bawah ERP, kamera akan merakam kereta dan bayaran tol adalah potongan Auto Pass semasa keluar di Imigresyen Singapura.
Pandangan luar bangunan Flower Dome di Garden by the bay Singapura
Di dalam bangunan flower dome

Selfie sikit
Bunga-bunga segar dengan sejuk buatan
Aneka bunga-bunga hingga tak tahu nama bunga
Bunga cantik macam bunga gubis
Jalan malam-malam di Merlion Park. Suasana hidup dengan cahaya lampu neon
Selfie berlatar belakang cahaya lampu
Besoknya ke Zoo Singapura pula
Ada naga rupanya Zoo Singapura
Animal show – burung/musang/ular/gajah/ macam-macam lagi
Melihatat bandar Singapura dari atas bangunan Pinnacle/Duxton di tingkat 50
Kalau gayat jangan cuba lihat ke bawah
Restoran muslim yang kerap menjadi tumpuan pelancung Malaysia, Hajjah Maimunah. Bermacam juadah dan kuih-muih
Makan-makan di Geylang Serai. Nasi Padang Hajah Mona yang selalu di viral.
Kuih-muih di Restoran Hajjah Maimunah
Lauk pauk, pasti terliur kalau kaki makan
Sambutan pelancung di Restoran Maimunah
Antara menu yang selalu dicari kaki makan di Singapura, daging tulang merah. Inilah tarikan utama makanan di Singapura.
Kalau datang ke Singapura jangan tak cuba cabel car Pulau Sentosa

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak sempat dikunjungi dalam tempoh 4 hari bercuti, 7 Februari petang maka habislah masa bercuti dan petangnya pulang keluarlah bumi Singapura. Insya Allah semoga diberi rezeki dan kelapangan untuk melihat bumi Allah yang maha luas ini demi mengagong kebesaran-Nya.