Spread the love

Raya haji 2020 lepas, admin sekeluarga habiskan cuti raya haji dengan pergi bermain ATV di Janda Baik. Admin sekeluarga tak dapat balik kampung kerana semasa itu masalah Covic 19 sudah reda tapi untuk melaksana ibadah Qurban SOP PKP masih ketat lagi, Jadi selepas solat hari raya Qurban dari memerap kat rumah saja kami pun pergi ke Janda Baik main ATV.

ATV kat sini ada banyak pakej seperti pakej family fun + adventure trail combo trail, pakej ATV 520CC, pakej jungle trail dan macam-macam lagi. Kami satu family ambil pakej family fun + adventure trail combo trail sahaja untuk santai-santai bercuti.

Seronok sangat bercuti dalam hutan ni. Semalaman bermalam di homestay Tanjung Hills. Besoknya selepas sarapan, crew ATV JANDA BAIK RIMBA VALLEY datang menjemput di homestay dan membawa kami sekeluarga ke pusat ATV.

Pengalaman menaiki ATV ke dalam hutan belantara sangat seronok menikmati suasana udara segar dan kehijauan hutan, mengendalikan ATV melalui jalan balak, menaiki bukit , meredah anak sungai, menelusuri jalan curam yang licin dan bengkang – bengkok. Pengisian yang bermakna bersama keluarga patut anda semua mencubanya.

Tanjung Hills @ Janda Baik

Bro Panjang tour guide ATV memberi briefing mengendali ATV
Lepas briefing, mula bergerak dengan ATV

Pakej ini dia punya laluan tak berapa mencabar sangat sebab laluan dia biasa-biasa saja dan bergabung dengan dengan family kumpulan lain.

Antara laluan ATV bagi pakej family fun + adventure trail combo trail, merentas jalan balak.
Senyum selalu melalui perkampungan orang asli.
Macam naik motosikal saja

Seronok meredah anak sungai
Panorama hutan, pandangan yang merehatkan mata
Anak bandar tak biasa dengan air bukit

Meredah anak sungai, air bersih yang belum tercemar

Sebenarnya cuma boleh main dalam satu jam sahaja. Untuk pakej yang lebih lasak kalau nak puas kena ambil pakej adventure dan agak mahal sikit RM500 dan laluannya mendaki Gunung Nuang. Boleh main puas sehari suntuk sampai ke petang laluan lagi mencabar. Pakej family fun ini hanaya RM250 sesuai untuk santai-santai sahaja.

Tour guide ATV ini tinggi orangnya, dikenali sebagai Bro Panjang. Sebenarnya ada kisah kenapa dipanggil Bro Panjang sebab tinggi sangat. Tengok dia punya tinggi!!

Admin tinggalkan gambar-gambar yg menarik sebagai kenangan :

Jeng! jeng! warmup engine
Tunggu orng belakang sama jangan laju-laju
Bro Panjang bagi brefing cara mendaki
Bergaya dalam hutan
Kecik-kecik dulu dah biasa dengan hutan
Baru balik cari rebung
Jaga-jaga nanti titi reput tu!
Ready nak masuk hutan
Beri laluan ikan, abang nak lalu ni.

Admin tinggalkan contact number ni ATV JANDA BAIK AT RIMBA VALLEY jika anda berminat nak main ATV bercuti bersama keluarga di Janda Baik, 013-923 4701


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

CS1

ZPR

Online

ZPR

Hi, What can i do for you? 00.00