Spread the love

Sejuta manfaat habbatussauda seiring dengan perkembangan teknologi, tanpa disedari perkembangan perubatan moden tidak secara mutlak mampu menyembuhkan beberapa penyakit, bahkan ubat-ubatan yang ada sekarang beredar dalam dunia farmasi sebagianya ada yang memberi efek sampingan yang membahayakan tubuh manusia.

Habbatussauda sebagai ubat yang dianjurkan Rasulullah SAW tidak begitu terkenal di negara umat Islam seperti di Malaysia dan Indonesia kerana kesan dari minda terjajah pemikiran moden barat tetapi habbatusauda kini lebih terkenal di negara Eropah, Amerika dan sebahagia Asia dimana mereka pula menggunakan sains untuk mengkaji terutama untuk melihat kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Habbatussauda kini menjadi ubat yang meningkat kepopularanya yang sangat nyata dengan dibuktikan secara kajian saintifik sains moden yang berkembang dan beberapa kajian ilmiah oleh universiti tersohor dunia untuk mengungkap kebenaran hadis Rasulullah SAW. Di antara manfaat habbatussauda dalam perubatan medikal moden adalah;

1. Membina Sel Otak Untuk Kecedasan Berfikir

Dengan kandungan asid amino linoleat (Omega 6) dan asid amino linoleat (Omega 3), habbatussauda merupakan nutrisi sel otak berguna untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan berfikir. Habbatussauda juga memperbaiki sistem mikro peredaran darah ke otak dan sangat sesuai untuk diberikan pada anak yang sedang membesar dari usia kecil, persekolahan untuk membina otak yang sempurna sesuai dengan tempoh pembelajaran yang memelukan otak memiliki memori yang banyak bagi menyimpan maklumat pembelajaran mereka. Begitu juga habbatussauda amat perlu bagi warga tua agar mereka kekal sihat dan otak dapat berfungsi dengan baik, mampu berfikir menguruskan diri mereka dan mengelak risiko penyakit lain dengan cara mengekal dan mengelak kemusnahan sel-sel otak yang lebih cepat.

2.Membina Sistem Imun Badan Yang Kuat

Habbatussauda dapat meningkatkan jumlah sel T yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh melawan bakteria dan virus yang masuk dalam badan. Efektifnya sangat baik sehingga 72%. Kajian saintifik ini telah dijalankan pada tahun 1993 oleh Dr. Basil Ali, Collage of Medicine di Universi King Faisal, Arab Saudi dan disiarkan dalam jurnal Pharmasetik Saudi.

Keampuhan ekstrak habbtussauda juga telah diakui oleh Profesor G. Reimuller, Pengarah Institut Immonologi dari Universiti Munich. Habbatussauda dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian habbatussauda dapat dijadikan untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.

3. Meningkat Sistem Bioaktif Hormon

Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang masuk dalam peredaran darah. Salah satu bahan dalam habbatusauda adalah sterol yang berfungsi sebagai bioaktif hormon.

4. Menutralkan Racun Dalam Tubuh dan Melindungi Perut

Racun dapat mengganggu metabolisma dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan seperti keracunan dapat berupa cirit-birit, kepala pening dan rasa pusing, gangguan pernafasan dan menurunkan daya konsentrasi.

Habbatussauda mengandung saponin yang dapat menutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh. Habbatussauda juga mampu melindungi selaput-selaput dalam perut.

5. Mengatasi Gangguan Tidur dan Stress

Saponin yang terdapat di dalam habbatussauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan syarat. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan sekitarnya seperti kesan dari keracunan dalam badan yang mengganngu sistem metabolisma membolehkan menimbulkan gejala stress.

6.Anti Histamin

Histamin adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi/alahan seperti pada penyakit asma/semput/sesak nafas. Minyak yang dibuat dari habbatussauda dapat menghasilkan ditymoquinone. Minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari volatile nigella.

Pemberian minyak ini memberi kesan positif terhadap penderita asma/semput/sesak nafas. Kajian yang dilakukan oleh Dr Nirmal Chakravaty MD tahun 1993 membuktikan kristal dari minyak habbatussauda, niggelone memberikan kesan yang sangat efektif (suppressive). Kristal-kristal minyak niggelone dapat menghalang pembentukan zat protemkiase C iaitu sejenis zat yang menghalang pelepasan histamine yang menyebabkan alergik/alahan.

Kajian lain membuktikan hal yang serupa serupa. Kajian lain dilakukan oleh Dr. Med. Dr Peter Schleincher adalah pakar Immonologi dari Universit Munich. Ia melakukan pengujian terhadap 600 orang pesakit yang menderita alergi/alahan.

Hasil kajiannya cukup meyakinkan bahawa 70% penderita alergi/alahan terhadap habuk, jerawat dan asma sembuh setelah diberi minyak habbatussauda niggelone.

Dalam kajian tersebut Dr. Schleincher juga telah memberikan minyak habbatussauda niggelone kepada pesakit yang mengidap demam virus influenza, hasilnya mereka pulih dari gejala yang disebabkan virus influenza tersebut.

7.Anti Tumor

Pada kongres kanser Internasional di New Delhi, minyak habbatussauda diperkenalkan oleh ilmuwan kanser , pakar Immonobiologi Laboratory dari California Selatan.

Dalam kajian itu pakar kanser telah memberi habbatussauda. Kesan selepas pemberian habbatusauda didapati dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan, hasilnya menghasilkan sel-sel normal terhadap virus sekaligus menghancurkan sel-sel tumor dan meningkatkan antibodi.

8. Nutrisi lengkap Untuk Tubuh Manusia

Habbatussauda kaya akan kandungan nutrisi sebagai tambahan energi sangat ideal untuk lanjut usia terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan memelihara sel otak agar tidak cepat mati. Setakat ini kajian oleh pakar nutrisi bahawa habbatussauda mengandungi lebih 90 bahan aktif yang diperlukan untuk menjaga kesihatan dan kebugaran tubuh.

Dalam habbatussauda mengandung 15 jenis asid amino . Asid amino adalah bahan asas dalam protein yang membentuk sel-sel tubuh yang kuat dan sihat. Dalam 15 asid amino itu, 9 asid amino adalah jenis esensial yang perlu ada dalam tubuh manusia untuk kekal sihat dan mampu membina sistem imun yang kukuh.

Asid amino adalah bahan yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dalam jumlah yang cukup. Oleh itu itu ia amat perlu diambil sebagai suplemen tambahan seperti habbatussauda bagi menampung keperluan untuk badan.

9. Minyak Habbatus Sauda Membunuh Bakteria

Habbatussauda mengandungi minyak atsiri dan volatif yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki sistem pencernaan bermula dari mulut, perut, usus besar hingga usus kecil. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk obat cirit-birit.

Pada tahun 1992, jurnal Farmasi Pakistan menyiarkan kajian yang membuktikan minyak volatile lebih ampuh berkesan membunuh strainbakteri V Colera dan E Coli dibandingkan dengan antibiotik seperti Ampicillin dan Tetracillin.

Dr. Mursi dari Universiti Kairo telah melakukan kajian ini tentang peranan habbatussauda terhadap aktiviti bakteri. Ia telah disiarkan dalam sebuah majalah sekitar tahun 2000M. Hasil kajian itu membuktikan bahawa 22 jenis bakteri yang diteliti mampu direncatkan perkembangannya dengan menggunakan ekstrak habbatussauda.

11. Habatussauda sebagai Ubat Rematik/Sakit Sendi Lutut

 Suatu hal sudah umum diketahui para dokter bahwa sel-sel makrofag biasa mengeluarkan zat natrium oksida. Dan habbtussauda’ mampu menekan produksi natrium oksida yang berpengaruh pada berkurangnya penyakit infeksi sendi, sebagaimana penelitian Dr. Ghamidi dari Universitas Fashal, Damam sebagaimana yang dipublikasikan pada majalah J. Ethno Pharmacol.

12. Melancarkan Air Susu Ibu

Kombinasi bahagian lemak sihat yang terdapat dalam minyak habbatussauda dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian disiarkan dalam literature thesis kajian di Universiti Potchestroom tahun 1989.

13. Nutrisi Untuk Ibu Hamil

Pertumbuhan anak memerlukan nutrisi untuk meningkat sistem kekebalan tubuh secara alami terutama pada musim hujan kerana akan mudah terkena selsema/flu dan pada musim wabak pendemik Covid-19 mereka yang berada dalam sistem imun badan yang lemah mudah dijangkiti virus.

Kandungan lebih 90 bahan aktif dalam habbatussauda adalah elemen yang diperlukan sebagai sumber nutrisi. Disamping itu kandungan lemak omega 3.6.9 yang terdapat dalam habbatusauda adalah kandungan nutrisi diperlukan untuk perkembangan otak dan janin bayi dalam kandungan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

CS1

ZPR

Online

ZPR

Hi, What can i do for you? 00.00